My Follower

Wednesday, October 27, 2010

Sakura Maizatulhusni

Salam
 Sakura maizatulhusni saya nama design ni kerana customer dari pahang ni telah menghantar baju awal2 dari bulan 6 lagi tapi dia nak pakai selepas raya.Terharunya saya kerana mai memberikan tempoh yg lama untuk saya menjahit manik dibajunya..Sepasang baju plain berwarna "purple" yg sangat cantik..dan memang mudah saya nak menjahitnya..insya Allah mai akan memberikan lagi baju untuk di makeover kan dengan manik 3D..

Wednesday, October 20, 2010

koleksi tudung saya...

Salam...
Ini diantara koleksi tudung saya yg saya telah makeoverkan daripada tudung plain menjadi tudung glam... ialah sebagai penjahit manik mmg x sempat nak jahit manik kat baju sendiri jdi bt kat tudung je cepat dan senang...tampal lace dan letakkan batu swarovski tarammmm dah siap cantikan...jika ingin bt tudung seperti ini sms atau tel untuk sebarang pertanyaan ok...enjoy.....

Friday, October 15, 2010

Crumble

Salam...
Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari....ingatkan selepas raya boleh rehat sebab sebelum puasa dan sepanjang puasa asyik menjahit je...semua badan sakit urat2 tegang tapi semangat yg kuat, gagahkan juga..selepas raya musim kawin pulak...alhamdulilah rezeki saya x putus2 cuma saya buat ikut kemampuan saya sebab menjahit manik ni memerlukan masa yg panjang...kadang2 saya tolak bukan apa takut x siap baju org..apa pun semoga happy dengan hasil jahitan manik saya yg tidak seberapa ni jika dibandingkan dgn beaders diluar sana...

Simple Shimering Flora(SSF)

Salam...
Entry kali saya nak pamerkan jahitan manik simple shimering flora(ssf)..kebanyakan customer saya mempunyai bajet yg rendah tapi nak glam dan cantik...x nk sarat2 sgt..mmg pening dibuat..kepada beaders diluar sana mesti mempunyai masalah yg sama dengan saya kan...sebagai beaders kita mesti kreatif untuk menghasilkan pelbagai design walaupun saya ni bukanlah designer, pereka fesyen atau ambil mana2 kos untuk belajar didalam bidang ni...saya pun x percaya yg saya ni pandai menjahit walaupun sebelum ni saya mmg x pandai menjahit..yg tidak disangka sangka saya memiliki tangan yg kreatif(ewah)....Allah bagi anugerah ini pada saya...dan paling saya treharu bila mak saya menitiskan air mata bila saya tunjuk hasil jahitan saya...(cerita sedih lak pulak..) oklah sampai disini dulu kalau ikutkan saya mmg byk cerita dan pengalaman yg ingin saya kongsikan bersama...sampai jumpa lagi...dah.....