x tahu nak bt design apa lg...pening2 asyik bunga2 je tukar daun pulak tapi ada gak terselit bunga.he..he.. x lengkap rasanya jika bunga dan daun x bergandingan
My Follower
Wednesday, February 24, 2010
Tuesday, February 23, 2010
Jahitan manik (2009) - Flora and Founa
Ok....
Sebenarnya byk lagi hasil jahitan manik saya pada tahun 2009 tapi saya uploud gambar yg cantik2 je (cantik ke?)blehlah.Tahun lepas anak saya belum sek rendah lg, sek tadika je.. itu yg boleh ambil tempahan byk, tahun ni susah sikit anak dah mula sek nak pi hantar lg pas tu hantar tuisyen, ngaji kelam kabut sikit bila mlm nak tgk homework ank2.Anak2 ni bila kita leka sikit mulalah...Rasanya masa saya free sebelah pagi dlm 4 jam je... anak2 dah pegi sek tupun sambil kemas dan masak..penatnya...........
Jahitan manik (2009) - Highlight di baju
Salam....
Baju-baju ni saya highlight aje di atas corak bunga yang sedia ada.
Susah nak jahit manik di badan ni rumit dibandingkan jahit kat tangan dan leher so harganya mahal sikitlah.Saya x gemar letak manik kat badan ni kerana nak gosok susah
dan siapa yg ada anak kecil tu susah sikit...abis manik tersangkut tapi ada org yang suka.
Setiap org lain citarasanya.. oklah selamat menjamu mata
Monday, February 22, 2010
Jahitan manik (2009) - Lace
Lace.....
Sebenarnya baju customer ni sudah sedia ada lace cuma saya tambahkan manik dan labuci untuk kelihatan cantik dan menarik.
Jahitan manik (2009) - Shimmering Flora
Salam..
Design ni mmg popular dan trandmark k.nora http://www.noramanik.fotopages.com
Sebenarnya mula2 tgk SF nama singkatan untuk shimmering flora ni ya allah mcm mane nak bt berapa lama nak membuatnya...mcm2 dlm kepala ni hu...tgk je mcm susah je tapi bila dah attend k.nora pnya kelas lah senang je rupanya ...ewah berlagak pula tu...he..he..he..x rugi rasanya pergi belajar mmg berbaloi dgn bayaran dan tunjuk ajar yg diberikan oleh k.nora.Sekarang malas rasanya bila nak bt manik yg simple2 ni...
P/s: Jangan lupakan yg lama bila dpt yg baru...kerana yg lamalah yg akan bantu kita untuk dapat yg baru...he..he...he.. faham x?apa2jelah
Jahitan manik (2009) - Crumble
Entry kali ni saya namakan simple crumble
kononya nak ikut mcm k.umi pepari
http://www.pepariDsign.fotopages.com tapi dpt hasilnya mcm ni dpt bt yang simple2 ok gak.Buat crumble ni x susah sgt tapi kena pandai kombinasi warna dan meletakan manik2 besar atau kecil.ditambah dengan batu2 kristal dan pearl. Para pengunjung bolehlah lihat sendiri hasil kerja tangan yg halus dibuat oleh k.umi sendiri jangan sampai mata juling sudah...
http://www.pepariDsign.fotopages.com tapi dpt hasilnya mcm ni dpt bt yang simple2 ok gak.Buat crumble ni x susah sgt tapi kena pandai kombinasi warna dan meletakan manik2 besar atau kecil.ditambah dengan batu2 kristal dan pearl. Para pengunjung bolehlah lihat sendiri hasil kerja tangan yg halus dibuat oleh k.umi sendiri jangan sampai mata juling sudah...
p/s: Mcm nak bt kat baju sendiri tapi bila ya????????
Jahitan manik (2009) - Manik tabur
Salam
Ini diantara koleksi manik tabur yg saya bt...mula2 bt manik tabur mcm susah je
tapi kalau dah biasa senang cuma kena bt garisan yg tepat untuk
kelihatan sama dan tidak terkeluar dari sempadan.
Sunday, February 21, 2010
Jahitan manik (2009) - Air mata kasih
Salam semua,
Sebenarnya saya nak uploud gambar saya blik kat FP saya satu2 tapi kerana
sibuk dan kemalasan utk bertekak dgn anak
disebabkan berebut nak computer saya kumpulkan gambar yg design nya sama
dan saya labelkan dgn nama yg sama juga utk tatapan pengunjung....
so saya namakan design ni Air mata kasih boleh jitu.....
Friday, February 19, 2010
Rumah baru
Salam...
Para pengunjung selamat datang ke rumah baru....saya telah berpindah kerumah baru disebab kesalahan teknikal di FP sya..alang2 terus sya buka blog ni...ni pun mintak pertolongan kawan sya lin.Kebetulan rumah dekat senang nak blajar.Terima kasih byk2 ye lin nnti kite blanje mkn he...he....oklah kebyakan gambar2 ni dah sya siarkan di fp sya tapi disebabkan hilang sya uploud lg..happy viewing.....
Subscribe to:
Posts (Atom)