My Follower

Monday, May 24, 2010

Kelas 3D bersama RJ (Rosita Jaafar)

Salam....
Ok kali ni nak bercerita pasal kelas 3D pada semalam 23/5/2010 di DSakiza view hotel di Taman Setia Tropika..pelajar seramai 8 org kelas bermula dari pukul 9.00pagi hingga 6.00ptg..seronok dapat jumpa RJ (Rosita Jaafar) dan beliau mmg sporting abis..dan ingin melihat kaum wanita berjaya.Dapat jumpa beaders2 lain yatt,kwin,ain,k.piah,dan beaders2 baru yg datang dari singapore pun ada.Pening dan susah gak buat 3d ni rupanya..huhuhu...rasanya saya kena pratis byk2 utk memahirkan lg 3d ni.Kena siapkan 3D sebelum july untuk dapatkan sijil....huhuhu.....Pehh!!!!banyaknya kerja nak buat ni...

Jemputan kawin Amira @ Faiz

Salam...
Sudah lama rasanya saya tidak bersiaran di blog ni...ada mcm2 berita yg berlaku pada minggu lepas...berita sedihnya atuk hubby telah meninggal pada minggu lepas...terkejar kejar saya dibuatnya siang sibuk menjahit dgn uruskan anak2 sek mlm pergi kenduri arwah selama 3 hari...pada hari sabtu kenduri 7hari plak....dan berita gembiranya kawan beaders saya Amira telah melangsungkan perkawinan...`Selamat Pengantin Baru semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...amin....dan yg seronoknya saya dapat jumpa kawan beaders lain K.Fiza (nenek glam),Zeta(zeta beads) dan Bie (Brilliant beads)..kecoh dibuatnya biasalah bila dah jumpa mcm2 topik yg dibualkan...rasanya x cukup masa nak borak..rasanya kena buat gathering lah ...k.fiza bila nak buat?..oklah nak siapkan baju anak2 saudara nak kawin pada bulan 6 ni...tema colour Black n White...

Thursday, May 13, 2010

Dalam laut ada sungai....

Salam....
Sori ya ni bukan iklan tau tapi rasa menakjubkan dengan ciptaan dan kebesaran  Allah swt...oklah kita renung renungkan dan selamat beramal.....


Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi. ” (Q.S Al Furqan:53) sungai-dalam-laut-1
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.
sungai-dalam-laut-2
sungai-dalam-laut-3
sungai-dalam-laut-4
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Tuesday, May 11, 2010

Jahitan manik (2010) - Crumble+Manik Tabur

Salam....
Baju kurung dari geng setaman....pening gak bila jahit manik ni kan sebab dah x tahu nak bt design apa lagi...kadang2 design ni kena sesuaikan  dgn corak,material dan warna baju ....bukan sebarang2 nak jahit kena suaikan juga biar ia x nampak janggal...dan nampak sweet bila di pakai. Oklah happy viewing...n enjoy..... 

Thursday, May 6, 2010

Jahitan manik (2010) - Sweet Teratai 2

Salam....
Entry kali ni sepasang baju kurung milik Puan Marlin geng setaman saya...sebenarnya baju ni adalah baju kumpulan yasin yg tidak beliau minati kerana warnanya yg hijau... sebenarnya Puan Marlin ni minat sgt2 dgn colour purple kalau x percaya singgah ke  http://linmdnoor.blogspot.com/ mcm2 ada...he..he..he.dia dah promote baju ni kat blog dia...Thanks k.lin....Bila nak k.lin nak hantar baju purple colour?